Hawa :)
Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau
jodohmu,
ingatlah hawa janji Tuhan kita, Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
peliharalah
akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang
kerana kau
akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan
kata-kata
kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah
kebaikan
pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang
langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah
seorang
anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah,
berjalanlah
dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain,
perlu
senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.
Apabila anda sudah melakukan semuanya itu,
ingatlah
senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian
yang
dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara
dia
memandang dunia.Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan
wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu 0 comment[s] | back to topJangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba, Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta, Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan, Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta, Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, Maka hilanglah cintaku padanya, Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku, Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga, Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu, Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya, Jika ini belum saatnya, Dan jika Kau tahu kami belum bersedia, Selamatkan kami, Jarakkan kami, Pisahkan kami, Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah, Agar kami tak mengundang murka-MU, Agar kami dapat lebih menjaga hati, Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku, Andai dia bukan jodohku, Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya, Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya, Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu, Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku, Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..
0 comment[s] | back to topHanya Mampu Bersabar
Ya allah berikan hamba mu ini kekuatan menghadapi dugaan..
Sesungguhnya aku tak kuat Ya allah..Aku hanya mampu berkata yang "AKU KUAT KERANA ALLAH"
#aku senyum dalam terpaksa kerana nak lupa kan semua yang berlaku
hipokritnya aku Ya allah
#kadangkadang bila aku keseorangan pasti aku memikirkanya
#banyak persolan berada di minda
*apa salah aku kat dia
*apa yang aku dah buat
#lailaha illallah :)
#sabarsabarsabar
tu yang termampu :)
*nak jaga sangat hati orang,hati sendiri yang terluka*
*masih memikirkan apa salah aku*
0 comment[s] | back to top |