F A K E S M I L E


ENTRY ABOUT NEWER OLDER +FOLLOW

Hawa :)



Hawa,
Andai engkau masih remaja, 
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, 
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang 
meringankan beban suamimu, 
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia
tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, 
ingatlah hawa janji Tuhan kita, 
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang
bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati, 
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan
sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya
nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, 
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannnya, 
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui
keayuannya, keremajaannya, 
serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. 
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting 
pegangan agamanya. 
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut
memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. 
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta 
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan
lelaki dan wanita yakni sebuah 
perkahwinan.

Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah
akhlakmu , kuatkan pendirianmu. 
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah 
memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, 
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang
memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , 
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga
yang 
membahagiakan dirimu.

Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau
akan memperolehi cinta daripada insan yang juga
menyintai Allah. 
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi
keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta
yang bahagia selain dari cinta keluarga. 
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga
yang mengoncang iman lelaki.

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata
kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan
pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang
langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang 
kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang
anak kecil untuk menyisirnya dengan 
jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah
dengan segala ilmu pengetahuan, dan 
anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu
senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk 
kembali,dan diampuni. 
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.
Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah
senantiasa. 
Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan
senantiasa ada tangan terhulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin
mensyukuri telah diberi dua tangan, 
satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi
untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang
dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, 
atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia
memandang dunia.Kerana di matanyalah 
terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di
mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan
wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, 
terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih
memberikan perhatian dan cinta yang dia 
berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang
waktu



























#akubercitacitainginmenjadiwanitasolehah..
AMEEN :)


0 comment[s] | back to top